Saturday 21 December 2013

Membizi kan Diri

Huis lamanya tak update blog. Sem ni busy la. Haha (sebenarnya sem ni la paling kosong; kdg2 kelas hari kamis je). Sem ni aku exam hanya 3 paper je.. So in shaa Allah kena buat betul2.. Yang lain kebanyakan nya lab report yang melambak.

Sem ni hanya 2 benda yang menjadi fokus aku. Taekwondo & Squash. These are two my favourite things! To be short, sem ni sahaja aku dah naik dua kali double promotions! Yay! Thanx to my beloved Sir Fazili. Dia sgt the best dan byk motivate me! Tak lupa kpd Master Mustahna, pemegang tali pinggang peringkat ke-7! Ingat senang ke? And baru-baru ni aku dilantik menjadi Pengerusi Kelab Taekwondo UM. #Alhamdulillah *enough with this hashtags* hahaha.. Minat aku terhadap taekwondo ni dah semakin lama semakin mendalam. In shaa Allah nanti aku akan menjadi aster lak.. ceh.. 30++ tahun lagi kot.. haha.. Aku skrang dah tali pinggang BIRU! Rare kan.. Frankly speaking, aku tak pernah tgk tali pinggang BIRU, lain pernah gak.. Tak sabar nak dpt belt baru. Taekwondo is not about fighting saja. Ada ART dia tau.. igt pecah papan ja dah kuat? Jo la try join.. Bnyk benefits dia.

Ni gambar lama ye.. Dulu putih.. :)

Ni la Sir kesayangan ku.. Ececeh.. 

Muncung... #Natural ye.. hahaha.. Kakak Mira belah kanan skali dah HITAM dah.. Congratz!



And with Squash, aku masuk SUKMUM ari tu.. Agak teruk gak la kalah. hahaha actually ni group tau, yang peain hebat2 last year pergi buat satu group lain main utk kolej lain *hareem sakit ati aku, so aku bkn nk mng sgt pon *tipulah.. Tapi mmg nk main, syok oh.. Squash sukan yg menyihatkan tau, main spuluh minit peluh boleh perah.. Anyway, mase tgh2 practice kat glanggang, Sharon Wee dtg, soh dtg klinik *cm kelas training la* Sharon Wee yang slalu jadi juru ckp kat Astro Arena tu. Rupanya2 nya segala pukulan tu ada nama, aku main tibai, bnyk technical, dari pgg raket ke servis suma ada. Skang ni kelas dia setiap Isnin pkl 6-7 ptg.. Memang berbaloi pergi, dah la free je. Dpt tshirt bagai.. Skang ni aku rasa aku dah improved 50% tapi still bnyak gila lagi nk blaja, tgk org yg pro main gempak jer.. 

Ni lah Sharon Wee. Former Msia #1.

Hope one day I can meet Nicol too!

Sama tak baju? Haha

Ni la Baby I.. Hahaha.. Nak gak dpt gelaran Duracell Bunny cm Nicol David. Hehe



p/s: Tu je la nak cakap dalam pos ni. Harap this two things akan membawa aku at a certain level. :) Sem depan Feseni Tarian Melayu & Tarian India pula.. New experience with Indian Dance.. X sabar lak.. haha


Kbye.

Saturday 12 October 2013

Industrial Visit Materialise


Hari Jumaat lepas, kami telah mengadakan Industrial Visit kat Materialise; Damansara. Company ini sangat berkaitan dengan kos kami. About bones and designing. Company ni sangat besar worldwide and one of their expertise 3D Printing! A+mazing. Dari perabot ke pakaian boleh di print. WOW. Dari segi medical, dorang boleh moldkan untuk pesakit yang punyai masalah pendengaran ikut lekuk telinga sendiri. And dorang tolong buat guide untuk surgery. Senior kitorang pun kerja situ! Environment situ pulak! Sangat lain. Dorang datang kerja pakai jeans jer. Casual. No punch card! Trust and Believe. Cool gila. Dah la office cantik tak seteress!
Best environment



3D Print, by Melinda Ooi

C designer lak

Ni guna Math tau!

Boleh buat duit

V.O.G.U.E

Dream Date

Hari Rabu lepas actually aku ada satu kelas sahaja. *Lawatan PPUM* But, kelas tu tak sampai sejam pun. Tau-tau dah abis sebab kami tidak diendahkan (luahan hati pelajar). Lepas tu aku bercadang konon nak beli seluar for industrial visit Jumaat nanti. So aku beria pergi Amcorp Mall kat PJ (nasib baik bawak kereta). Jumpa lah seluar tu dah okay semua, harga RM109, too much. Nanti la biasiswa masuk nanti. Huh. Terus balik rumah untuk amik seluar lama. Then, my bestfren from Tingkatan 1, Mugunthan call. Dia ajak keluar lagipun dia nak balik Bangladesh dah nanti (dia ambil Medic). Aku tunggu dia datang rumah aku. Tiba aku nak bawak dia pergi IOI jer, tiba dia kata bosan sebab semala dia dah pergi. Aku pun x sure nak pergi mana. Mugun ajak pergi Setia Walk kat Puchong. Why Not kan.. Aku pun tak pernah pergi. Konsep tempat tu sangat best sebab dia macam Open Mall. Ada air kolam merata and so many places to visit. 

Ada Bistro, and see kolam. Cetek jer. Sangat menenangkan.

Then kitorang round-round sekeliling and carik restaurant untuk makan. Kita nak makan apa?, aku tanya, McD? Then Mugun jawab dengan lawak "McD buat apa? Tu makanan Budak Sekolah!" HAHAHA. Gelak gila aku. Ceh sekarang ni kitorang nak taste makanan yang lain sikit. Then kitorang survey PADI HOUSE. Dia macam Western + Asian sikit. Class gak. Aku order Spaghetti Pesto with Grilled Chicken. (selalu tgk tv jer). Mugun order Nasi Western sikit. Plus Appertizer Cheese Baked Nachos with Salsa. Kitorang minum Passion Fruit Punch and Peach Fruit Punch + Air Lemon. Sedap belaka. Tapi Pesto tu, hurmm.. "tekak melayu"

Menu

Verde

Suasana cool

Spaghetti Pesto

Mugun's

Lepas makan kitorang nak jalan lagi, tak mau makan dessert situ, nak survey lain. Pergi Chilla Cup. Ingat nak try coffee tiba order Mocha Blended gak. Agak sedap. Tak boleh lawan my fav Mocha Praline Starbuck lah tapi. Kitorang order Caramel apa ntah. Campur cream tu. Pergh.. Berebut. MUST TRY!

Sangat menggiurkan

Then tengok movie, GRAVITY lakonan dua orang sahaja. Sandra Bullock dan George Clooney. Wajib tonton jugak. Better kalau 3D sebab effect cerita dia yang sangat brilliant. Pastu kitorang just duduk tepi air tu sembang-sembang. So sweet. Hahaha *gay gila*


Notte

Best la jalan sini! Nanti in shaa Allah jalan lagi.

Kbye.

Saturday 5 October 2013

Teringin Belajar French, Italian & Spanish

Aku rasa tiga bahasa ni sangat class and universal. Saja suka-suka tambah bahasa. Aku mula suka bahasa French pas Nassrol kawan aku belajar. Dia banyak show off ngan aku, aku layan jer. Then tiba-tiba dia bagi lagu suruh aku dengar. Trus belajar. Aku suka muzik, so aku belajar cakap French pon dari mostly. Sekarang baru hafal 2 lagu. Parler A Mon Pere & You and I (French). Lately jumpa lak Je Suis Malade. Inspired. Then Italian pulak lagu Caruso. Leh nangis dengar even tak faham. Aku hafal jer lyric and sebutan. Nanti cakap ngan orang fasih (padahal lyric lagu jer).  Italian kena thrill lidah rrrrr... French kena buat-buat pelat R. Faham-faham jer la. Goodbye: (French)Au Revoir! (Italian)Arrivederci! (Spanish)Despedida!

Caruso (Italian) - Lara Fabian


Je Suis Malade (French) - Lara Fabian



Parler A Mon Pere (French) - Celine Dion


Mi Todo (My All versi Spanish) - Mariah Carey


#Hermosa - Mariah Carey ft. Miguel


Kbye.

Main Masterchef

Tadi Mak keluar, mak cakap masak la telur untuk makan sendiri. Aku pun apa lagi. Jom main masterchef. Ngan Nana and Ika. Aku bagi tema telur. Beria-ria kitorang masak. Telur jer pon. Sorang boleh amik sebiji atau 2 shj. Boleh guna semua barang dalam pantri (peti ais jer). Hahaha. Mula lah masak. Ni lah hasil nya. Haha.. Rasa sendiri, puji sendiri. Layan jer lah.

Haha, ini Ika punya. Dia malas sebab pening kepala.

Nana punya. Sedap gak.

Me ;)

Kbye.


Lawatan PPUM: Medical Imaging & Dialysis

Disebabkan internet lambat, susah nak update blog. Jadi setelah ke wad NICU, kami pergi pula ke Medical Imaging. MI merupakan antara jabatan terpenting jugak dalam hospital. Kalau eksiden kena xray, kalau cancer pon kena try nuclear medicine or mamograph. Kami banyak tgk peralatan-peralatan yang canggih gila kat department ini. Nuclear pun best. Kita kena minum gamma then the gamma akan mengeluarkan radiasi. Tengok melalui alat dia nampak tergetted organ.

X-ray machine yang sangat portable.

Xfaham aku.


Ultrasound, tapi ni bukan untuk pregnant tu.

CAT Scanner


Tempat nak bawak bahan radioaktif. Berat gila. Lead.



Jabatan ini terlalu canggih. nak compare dengan knowledge kami yang baru-baru belajar ni. Tapi it was a great experience. Lagi satu pasal MRI machine. Magnetic. Rawatan guna magnet. Rawatan ini sangat bagus tapi jangan main-main magnet ni. Bahaya gila. Ada satu kes budak 6 tahun pergi kat mesin tu then pintu terbukak, dia tarik tank oxygen and hancur kepala budak tu. True story. Ada satu kes, seorang nurse dia bawak IV drip, kan ada batang tu, then tertarik batang tu kat mesin. Tersekat. 10 orang tarik pun tak boleh. Apa hospital buat, lemahkan magnet, dorang letak hidrogen gas dalam bilik tu ada lah 2-3 hari untuk buat tu. Lastly, mesin tu buang cmtu jer. Hais.. Tak percaya cek youtube. banyak video accident MRI. Kitorang melawat dialysis gak tapi quite bosan. Cuci darah. No gambar.

MRI. Scary.

Kbye.




Wednesday 25 September 2013

Dr. Phil's Test

Baru-baru ni aku selalu nampak kawan-kawan post pasal ujian Dr. Phil, maka aku ambil lah. Aku ingat untuk seronok-seronok apa salah. Basically ni cam personality test. Ni lah result aku dapat. Betoi ka?

My result :)

Macam nak percaya. Ntah la. People Judge.

p/s: Nanti ada program SERU pasal personality test. Nak pergi ngan Zeti and Tirah


Kbye.

Tuesday 24 September 2013

Lawatan PPUM: NICU


Hari ni pulak, aku melawat wakaka (Wad Wanita dan Kanak-Kanak). Agak susah gak sebenarnya, wad ini terletak depan Menara Timur, memang khas. Kat situ ada Wad Pediatrik semua complete. Aku rasa bangunan tu agak baru sebab semua memang tip top. Tapi tempat yg kitorang melawat ni agak terpencil Neonatal ICU unit (Baby yang pramatang and sgt pramatang pun ada). Mula-mula kami diajar basuh tangan. That is the most important thing. Ada alcohol (mcm sanitizer). Guna banyak-banyak pun xpa, asalkan bersih. Tapi kami di ajar guna yang air punya. Ada step-step dia. Bukan apa sebab baby kat situ sangat fragile and mudah berjangkit. Kami dibenarkan tangkap gambar tapi no patient's. Masuk-masuk wad tu memang bnyak gambar yang tenang. Cute-cute belaka. Memang dorang nak wujudkan environment cmtuh.

Style kan gambar dia.

Haha ini lawak! Buat ANDA? Susu ibu anda buat saya jugak? Hahaha



Pastu, terus terang nurse tu sgt lawak. Mmg senang rapat. Correction: Sister. Sis tu memang baik. Kitorang diajar mechine ni utk apa. Baby ni sakit apa. Aku tengok baby yang critical tu kesian. Kaki kecik je dah di suntik masuk tube hidung. Sis tu tunjuk kan mcmna dia pasang ECG electrode kat baby utk monitor heart rate dia. Ada la kes-kes yang rare. Bilik tu boleh muatkan 25 orang baby. Now about 20 jer. Dorang ni perlukan intensive care yang gila-gila. Sebab dorang immune rendah, tahap ketahanan, badan fragile, semua tulang belum terbentuk sepenuhnya, organ pun ada yang x boleh berfungsi. Kadang2 baby pun boleh 'lupa' untuk bernafas. Kena usap dada dia bagi nangis sikit. Ada device untuk detect semua tu. From oxygen level kat kulit, surrounding pun ada.

Monitor untuk tunjuk level temperature semua.

Ventilator

Monday 23 September 2013

Lawatan PPUM: Wheelchairs

Untuk sem ini, aku ada 6 jam seminggu untuk melawat PPUM (different2 department). Untuk subjek 6 jam ni pulak kredit hour dia 1 sahaja. Nak buat cmna kan.. Ikut kan aje lah. Kitorang akan rotate-rotate stations, dua group tiap kali, ada lah dalam 7-8 orang. Subjek ni untuk tengok various equipment in the hospital and we as an biomedical engineer, we need to find or to improve those equipments. Banyak equipment hospital ni. Kena belajar mechanical properties dia, materials, electronics etc. Kitorang akan melawat wad bersalin, ortopedik, rehab (physiology), wheelchair, medical imaging, cardio, and others (lupa).

Untuk hari ini kitorang akan melawat wheelchair departmen. Siapa nak pergi sila pergi ke PPUM Menara Selatan, Ground Floor. Mula-mula kami duduk situ sampai 9.30 pagi. Staff tu rilek je. Dorang kata tggu doctor siapa? Kitorang ckap tour baru.. Oooohh.. tour.. knp tak cakap tadi.. =,='. Mula-mula kitorang di beri pengenalan tentang wheelchairs ada 11 jenis rupanya. Based on penyakit jugak. Yang standard punya biasalah recline punya, (kerusi sandar dia boleh baringkan). Pastu aku tanya kat situ ada buat wheelchair ke? Dia kata dulu ada, tapi ambil masa sebulan for ONE wheelchair. Skarang dorang beli frame and modify based on permintaan. 

Tempat pembuatan cushion for sclerosis patients for example.

Modified for cerebral palsy patients. *badan dorang tend to mengecut*

Penyimpanan, stok lama/baru

Mesin potong-potong kayu pon ada.

Aku ada tanya berapa satu wheelchair, dia kata normally for RM 500-600. Tapi yang modified for sports boleh cecah RM 16k. Aku agak terkejut. Tapi bila angkat memang ringan sebab guna carbon fibre. Tahan lasak and ringan. Lepas itu kami pulak pergi lah menjenguk-jenguk. Then abang tu kata suruh kitorang raasai kesusahan mereka yang pakai wheelchair. Semangat kitorang. Mula-mula belajar drive dulu. Then dia ajar buat wheelie. Wheelie penting for bumper/halangan kat jalan. And Malaysia ni susah sebab dorang tak standerdize kan pintu untuk OKU sekali. Banyak negara maju lain dah ada dah. Agak susak ank buat wheelie. And.. Aku jatuh. Terlentang! Hahaha. Malu aku. Tapi memang susah. Syukur kita tak payah guna wheelchair. Sampai satu kes ada tersepit jari la. 
Najmi, dapat duduk tak nak bangun. Haha

Friday 13 September 2013

Sem Baru

Sem Baru lagi... Dah 3rd Year dah. Sedar tak sedar. Makin lama subjek makin susah. Sem ni kitorang kena buat amali dekat PPUM. Rasa cm budak Medic sikit la. Haha. Sem ni jugak belajar Law tau. Law of Intellectual Property, Law of Tort banyak lagi. As an engineer, we have to know our rights! Sem ni pun lecturer semua best-best (harap result better). Baru start first week banyak kerja nk buat kolej+club+taekwondo. #bestrong aje lah. Mmg sakit gila badan dah lama tak taekwondo. Bulan sebelas ni tukar belt (for grading). 
Tu tali pinggang lama okay... hahaha

p/s: Tak puas hati ngan Abe We (bukan nama sebenar)

Kbye.

Saturday 7 September 2013

Macaron Part II

Dalam post sebelum ni beria-ria aku explain cara buat macaron. Indah khabar dari rupa. Explain memang easy buat, huh. Penat + tak gembira. Malam semalam aku buat ngan Zulia Shahira a.k.a Kak Yang (dia tua sebulan). Mula-mula memang dh ready semua barang. Aku ni pergi la putar telur ngan gula kastor tu (cam nak buat meringue). Pastu ada masalah so-called serbuk badam aku beli tu ketul2 besar. Aku dah try blend still x leh. Ada la satu teaspoon jer dapat. Tu satu masalah. Then dah nak pipe pulak, awal2 cantik.

Ni dia dah pipe

Dari biru lepas bakar jadi hijau pastel. Haha. Aku pekat kan lagi biru tu. Keluar jadi Hijau Jade/Emerald. Suka titew *sambil buat jari. Tapi lama-lama bater tu jadi cair. Huh Semua melekat. Tak boleh nak buat bentuk dah. Melekit2 (sebab gula). Bila aku tengok biru mula lah aku nak buat purple. Apa lagi tambah kaler merah jadi PURPLE! *nanti org tgk cm bnyk nya dia buat. Padahal~ Lepas bakar jadi Coklat. Not bad la. Mcm variety gitew tapi hakikatnya. Pastu banyak tak jadi *tapi aku consider jadi jer.. Hantam sajalah labu! Dah pukul 11.45 malam dah. Aku hantar Kak Yang balik dlu sebab sok dia ada hal. Aku pun sambung la saki baki. Esok baru nk wat inti sebab lama sgt. *Kalau dlm masterchef dh kluar dh aku. Dari pukul 8 malam - 1pagi. Haha.

Yang pale tu la hijau pastel. Bentuk lawa.

Ni la hijau emerald tu. Tapi crack.

Friday 6 September 2013

Macaron

Aku sebenarnya dah lama mengidam nak makan macaron. Selalu tengok gambar jer. Yang hari tu pun aku teringin nak makan cupcakes, tapi x pernah jumpa, last-last senang buat sendiri jer. Ni teringin nak makan macaron, buat sendiri je la. Alang-alang boleh belajar sekali kan.

Setelah aku kaji, sebenarnya ejaan dia MACARON satu O sahaja, bukan MACAROON. Both are two different things.


Aku banyak tengok blog-blog tentang cara nak masak chumel ni. Benda ni sangat chomel, maka cara nak buat dia sangat teliti dan agak renyah jugak. Ada banyak pantang-larang and techniques masak benda ni. Siap tengok youtube lagi. Banyak video-video yang sangat membantu. Aku pulak ikut this one particular blog: http://www.howtocookthat.net/public_html/easy-macaron-macaroon-recipe/