Tuesday 22 July 2014

Melawat Haeundae Beach

It been long enough aku tak update blog ni. Busy + malas sebab banyak benda jadi. Well this blog is about kitorang jejalan di Busan. Hari tu kami ada melawat Gimhae National Museum. Kat sini mostly tunjuk banyak zaman prasejarah dorang, zaman Mesolitik, Paleolitik lagi. Nama masyarakat dorang Gaya. Kitorang tak round banyak pon kat sini sebab masing-masing nak g makan Ayam kat Asia Town. Dah seminggu lebih tak makan ayam, asyik makan Haemul je (seafood). Lebihnya tangkap gambar je sebab lighting kan cantik dalam museum.
 
 
Kat pintu masuk Museum

Pasu-pasu prasejarah katanya


Baju biru tu Abi, yang Baju coklat tu Rem. Leh PM kalau nk kenal

Main jongkang-jungkit tanah

Pasu lagi

A.K.

Friday 11 July 2014

Seminggu Intern

Sedar tak sedar dah seminggu dah aku kat Inje University ni. Korea punya culture is totally different from us and I try to adapt that. Memang fun duduk kat sini and belajar dorang sikit. Belajar culture and cara bekerja dorang. Well, I in the cellular lab. Lab ni berlatarbelakangkan konsep cell culture. Basically stem cell. Macam mana stem cell tu kita ubah dia jadi hidung, mata, telinga, tulang baru (ertikata senang). Tapi ada banyak faktor, pressure, environment, proteins. I actually like it, slow-slow. 

Untuk first day kitorang perkenalkan diri kitorang. Mira same lab with me, dia dengan confidentnya memperkenalkan diri dalam bahasa korea. Aku hanya mampu Annyeong sahaja! Haha. Anyway, dorang dlam lab memang baik, tolong sehabis baik. Prof. Thomas yang menghandelkan lab tu pulak sangat suka joking and sporting! First day hanya duduk dikomputer baca pasal cell and scaffold. 

This is my workplace.

Google-google sahaja, kadang-kadang melagha jugak dalam phone. Masuk pukul 10 pagi dan balik 6 petang. Rehat 12-2. Tak stress tapi memang slow sikit sebab banyak terms baru dalam biology yang kena  baca balik. Habis first day kami berbuka vegetarian food. 
Kimchi Jigae (Sup Kimchi)

ni lah Kimchi Jigae. Mostly makanan dorang banyak masam, pedas tak sangat. Tapi aku tak berapa gemar ni. Tak habis pon. But it was great experience trying new food.

Saturday 5 July 2014

Jalan-Jalan Ke Busan

Memandangkan Sabtu merupakan hari cuti, maka kami semua buat keputusan untuk menerokai Busan. So kami semua start gerak dari Inje dalam pkl 10.30 pagi.. Dalam menunggu gegurls makeup kpop mereka, maka aku pon berjalan-jalan sekitar dorm kejap, konon nak tengok gym, just tengok je la, then ada orang main bola, training, garang betol coach dorang. Dengar suara coach mengajar dari atas.

Ni la pemandangan dari atas dorm kitorang. 

Then kitorang ingat nak pergi 7eleven kat dalam Universiti tu, tapi malang nya tutup. So kitorang tunggu Jack dulu sebab dia ngah google jalan.

Sementara menunggu Jack

Dalam menunggu Jack, kitorang try membaca huruf korea. Rupa-rupanya agak boleh difahami jugak bahasa korea ni. Bee ajar setiap bentuk tu ada huruf, I was like, ohh quite interesting tapi, siapa leh faham semua in one day kan? So slow-slow (nasib baik beli kamus, banyak info dalam tu). Kitorang leh baca tapi tak tahu maksud.

Ni la contohnya

Then berjalan keluar, macam rusa masuk kampung, eksaitednya tengok sekaliling cam cerita korea tu, semua best tengok, rumput pon rasa nak baring je. Haha

Kat luar Inje Uni 

Jaemiinneun! 

dalam kedai pon kitorang posing

Kat korea ni kedai kedai macam 7E nama dia G25. Banyak nokharom, macam bukak gerai je, satu, then belakang kedai tu pon G25 gak, then jalan 5 kedai, G25 lagi.. Hahaha. Kitorang beli card bas and LRT dorang (tak tau sana panggil apa). Comel card bas dia semua harga 3500 Won + 20,000 Won (topap) = RM 74.00. 

Friday 4 July 2014

Melawat Inje University

Hari ni kitorang dibawa untuk menengok lab yang kami akan buat semasa praktikal and kami kena pilih 2 lab. Aku pilih lab:

1) Biomaterial Lab partner with Wani (For Drug Releasing & Thermo-Rod Induction Implantation)
2) Cellular & Biomechanical Engineering partner with Amira (Animal Cell Culture/Cell Culture)

Kami diberi briefing oleh oppa kat sini. Haha Oppa panggilan untuk abang tapi hanya perempuan je panggil, kalau lelaki nak panggil abang is Hyong. Tak lupa juga Unni panggilan untuk kakak tapi hanya perempuan je panggil, kalau lelaki panggi Noona. Lepas tu kami diberi buddy untuk melayan kerenah kami (beri guidance sebenarnya). Aku & Amira dapat buddy nama dia Park In Tae. Park In Tae dia suruh panggil Tae. Dia sangat nice and sangat semangat nak tolong kami! Dia asyik la cakap I'm sorry for my English, then kitorang cakap "don't be sorry anymore, we also don't know how to speak Korean too!". Actually dia cakap English is not so bad, boleh je faham. 

Ni pintu gate macam nak lepas LRT tu, guna pas masuk (Asrama)

Ni kawasan asrama 

Asrama dari jauh (kiri tu gym, sado lah pas ni)

On the way to briefing pagi tadi

Random pics, rare tgk signboard Korea ni

Kelas untuk briefing (bersih, sepanjang jalan pon bersih)

Thursday 3 July 2014

Dah sampai Inje University, Korea

First jejak kaki kat airport Gimhae ni, airport dia biasa je, KLIA2 lagi gempak la. Then kami di sambut oleh Prof Jongman dari University of Inje, (dulu dia pernah mengajar kat UM sekejap). Then naik bas, biasalah aku batak tengok sekeliling, wah seperti cerita korea (even pernah tgk 2 je series). Atmosphere sini lain sangat, temperature dia pkl 4.30 (masa Korea awal sejam dari Malaysia) adalah 25 degree celcius. Bila kami sampai kami diberi 2 benda penting, satu kunci loker dan satu pas gate. Kunci bilik kami guna kod sahaja, setiap bilik kod berbeza dan boleh customize sendiri. Bilik air dia open-shower, tak da pintu, hahaha. Tapi bilik dia macam hotel, meja study besar gila, ada aircond, heater, kipas. Tilam dia pon spring-like tilam. Kitorang berbuka kat sini pukul 7.53 pm, sahur 3.18 pagi. (lebih kurang 16 jam waktu berpuasa). Esok kitorang akan dbawak berorientasi sekejap and start terus Industrial Training sampai 7th September disini. Hari ni tak amik bnyak pic sebab phone kong tadi. Lain kali lah pic!





p/s: Dah tiga tahun tak rasa homesick, now I feel the pain..