Memandangkan Sabtu merupakan hari cuti, maka kami semua buat keputusan untuk menerokai Busan. So kami semua start gerak dari Inje dalam pkl 10.30 pagi.. Dalam menunggu gegurls makeup kpop mereka, maka aku pon berjalan-jalan sekitar dorm kejap, konon nak tengok gym, just tengok je la, then ada orang main bola, training, garang betol coach dorang. Dengar suara coach mengajar dari atas.
|
Ni la pemandangan dari atas dorm kitorang. |
Then kitorang ingat nak pergi 7eleven kat dalam Universiti tu, tapi malang nya tutup. So kitorang tunggu Jack dulu sebab dia ngah google jalan.
|
Sementara menunggu Jack |
Dalam menunggu Jack, kitorang try membaca huruf korea. Rupa-rupanya agak boleh difahami jugak bahasa korea ni. Bee ajar setiap bentuk tu ada huruf, I was like, ohh quite interesting tapi, siapa leh faham semua in one day kan? So slow-slow (nasib baik beli kamus, banyak info dalam tu). Kitorang leh baca tapi tak tahu maksud.
|
Ni la contohnya |
Then berjalan keluar, macam rusa masuk kampung, eksaitednya tengok sekaliling cam cerita korea tu, semua best tengok, rumput pon rasa nak baring je. Haha
|
Kat luar Inje Uni |
|
Jaemiinneun! |
|
dalam kedai pon kitorang posing |
Kat korea ni kedai kedai macam 7E nama dia G25. Banyak nokharom, macam bukak gerai je, satu, then belakang kedai tu pon G25 gak, then jalan 5 kedai, G25 lagi.. Hahaha. Kitorang beli card bas and LRT dorang (tak tau sana panggil apa). Comel card bas dia semua harga 3500 Won + 20,000 Won (topap) = RM 74.00.