Friday, 11 July 2014

Seminggu Intern

Sedar tak sedar dah seminggu dah aku kat Inje University ni. Korea punya culture is totally different from us and I try to adapt that. Memang fun duduk kat sini and belajar dorang sikit. Belajar culture and cara bekerja dorang. Well, I in the cellular lab. Lab ni berlatarbelakangkan konsep cell culture. Basically stem cell. Macam mana stem cell tu kita ubah dia jadi hidung, mata, telinga, tulang baru (ertikata senang). Tapi ada banyak faktor, pressure, environment, proteins. I actually like it, slow-slow. 

Untuk first day kitorang perkenalkan diri kitorang. Mira same lab with me, dia dengan confidentnya memperkenalkan diri dalam bahasa korea. Aku hanya mampu Annyeong sahaja! Haha. Anyway, dorang dlam lab memang baik, tolong sehabis baik. Prof. Thomas yang menghandelkan lab tu pulak sangat suka joking and sporting! First day hanya duduk dikomputer baca pasal cell and scaffold. 

This is my workplace.

Google-google sahaja, kadang-kadang melagha jugak dalam phone. Masuk pukul 10 pagi dan balik 6 petang. Rehat 12-2. Tak stress tapi memang slow sikit sebab banyak terms baru dalam biology yang kena  baca balik. Habis first day kami berbuka vegetarian food. 
Kimchi Jigae (Sup Kimchi)

ni lah Kimchi Jigae. Mostly makanan dorang banyak masam, pedas tak sangat. Tapi aku tak berapa gemar ni. Tak habis pon. But it was great experience trying new food.
For second day intern not much, sama je benda just sembang-sembang with group member and paling tak sabar berbuka sebenarnya. Maka, juadah hari kedua.

Bibimbap
Ni lah Bibimbap, mungkin ramai pernah makan kat Dubu-Dubu

Menu

Buka time!

Side dish: Kuning tu first gigit rasa macam jeruk kat Penang tu, bila telan rasa petai!

Sedap!

Hijau seeweed, Kacang rebus goreng, Kimchi radish


Menunggu 7.43 pm

Third day ntern, kami diberi Jurnal bertajuk: Matrix Elasticity Directs Stem Cell Linage Specification by Adam J. Engler, Shamik Sen, H. Lee Sweeney, & Dennis E. Discher. Jurnal ni sangat menarik; dorang buat research pasal caner stem sel tu berubang ikut kestiff-an material. Makin stifff environment dia, stem sel tu akan berubah kepada sel tulang. Bila letak kat environent lembut cam otak, stem sel tu akan berubah bercabang (macam neuron dalam otak). Mereka juga akan hasilkan protein berbeza conton untuk otk B3 tubulin, MyoD1 untuk muscle dan, contoh je la. Kitorang kena buat summary pasal urnal ni and hantar Khamis depan sebab...... ISNIN - RABU Lab kitorang cuti! Mereka akan pergi ke China untuk conference (dia kata kalau kitorang ada visa dia bawak!) and.. TAK PAYAH GANTI! Malam tu Prof. Thomas ajak kitorang makan (welcoming party). Saya sgt heksaited ya kawan-kawan sebab first time naik kereta kat korea (i know jakun skit). Kitorang pergi makan Bibimbap lagi, sedap ada Mushroom Tempura. Bila balik suddenly Prof. Thomas kata:

"Do you have 30 minutes for dessert?"

Tanpa ragu-ragu kami jawab okay! Sini maghrib masa panjang so melagha leh lama skit. So kami pergi satu coffee house atas bukit. Eh curlazz. Prof. belanja kan, we don't mind!

Lelaki berbaju biru tu Prof. Thomas!

Depan Mira tu Ru (sebutan U, macam Udang). Sangat helpful.

Coffee House dia

Hari keempat, memandangkan hari keempat hari Khamis, maka aku pon dok kalut carik mana masjid terdekat nak solat sok. Aku tanya Faiz Zeo, the previous senior yg Intern kat sini gak, dia bagi direction at Andong. Jap, sebelum tu kan, kitorang waktu petang, kitorang dibawa pergi ke Busan University untuk tengok nanofibre melalui Scanning Electron Microscope. Kat Inje ni ada juga tapi tutup sebab Department sana cuti. Kitorang pergi 4 orang, Ru, Saya, Mira and Punp. Aku sembang ngan Punp je (laki), sembang pasal hidup culture, adn mostly aku tanya orang Korea, dorang tak minat Kpop2 ni. Org Msia je lelebih. Aku tnya buddy aku pon dia tak suka! Kitorang masuk untuk tengok nanofibre, Nanofibre boleh dijadikan collagen. Aku and Mira takkan nak usik Microscope juta-juta tu, so kitorang interview (konon job interview la bahasa omputih). 



Pastu petang tu kitorang dah janji ngan Buddy kitorang Tae melalui KAKAO TALK (sini femes ni). Dia seorang buddy yang committed and sangat nak tolong kitorang. Dia tolong carik Masjid tu. Dia kata dia leh teman aku sok pukul 12 pergi masjid (sini Zohor 12.30 pm), tapi dia kena pergi Jeju Island sebab program. Tae jugak akan datang Malaysia (UM) bulan Februari depan and aku pulak bakal jadi buddy dia. Tak tau lah leh jadi sebagus dia ke tak. Aku and Mira kongsi buddy. So dia bawak naik bas and dia tnaya org sekeliling pasal masjid tu, then sedar2 dah maghrib, Tae belikan air kitorang sorang satu and dia dahaga sebenarnya kol 7 tu, tapi dia tunggu kitorang gak nak minum sekali! Then masuk masjid, masjid tu kecik je, muat 70 org je kot. Masa kat dalam masjid tu Tae menangkap gambar semua! Aku bagitau dia tu gambar Kaabah, dia snap, tulisan arab, dia snap! Aku cakap, nanti kat Malaysia aku bawak g Masjid Negara or Putrajaya. Dia masuk dalam masjid and tengok kitorang sembahyang and dia ajak g makan malam! Awek dia pon ada gak So Hi. Kitorang dibawa ke kedai Sushi!

Sushi
Sedap sushi dia fresh! Sup noodles tu pon sedap! Masih ada Kimchi! Tq Tae!

Hari kelima, Jumaat kami diberi tugas untuk carik NORMALITY. I was like. MOLARITY kan? dia kata unit NORMALITY. Then aku google, payah gak sebab baru tau ada konsep ni. Thanx la semua :(. Kenapa tak ajar masa matrik dulu? I wonder.. Korang google lah (maybe ada yang tau, tahniah!). Then aku g slat jumaat and Jumpa orang Indon yang kerja kat Korea dah tiga tahun. Rasa best sebab leh sembang Bahasa Melayu ngan dia! Dia kata dulu dia kerja Sarawak 4 tahun tapi "Gajinya Sikit", then dia kat Korea dah 3 tahun and dia cakap ngan aku. Waktu petang, aku ucap goodbye kepada lab members sebab mereka akan berangkat ke China. Lalu Rem & Abi dah survey makan kat kedai Sotong Kurita!

Sotong Kurita
Side dish: Super sedap tempura udang sebesar hotdog!

Pedas sotong ni, sangat citarasa Malaysia!

Konsep banyak side dish memang banyak kat Korea ni

Enlarge! Nak tapau leh?

Salad and mayonis ada rasa bijan smokey, favourable gak

Sup sejuk, depa kata refreshing, aku tak suka sangat

Dah campur

Pastu, kitorang kata baru kol 8.03 p. Time for dessert? YEAH!! Kitorang makan dessert sedap!

Dessert
macam ABC tapi sedap gila babeng!


Manngo flavour

Sedap ni, serbuk tu rasa cm kuih batang buru. Tapi sure korg kena try ni!


p/s: Esok sabtu kitorang nak jejalan Museum and pergi makan kat Asian Town!

Kbye.







No comments:

Post a Comment