Super exhausted + rasa nak maki
orang + tapi FUN! Camna tu? Haha.. Sebenarnya, hari tu aku pergi naik Bukit
Broga yang orang ckap Broga2 tu.. Saje je.. Yela kitorang baru habis exam. So
malam yang dorang beraya rumah aku tu, then malam ak tido bilik Nuruddin kat
KK12. Sampai UM pkul 11 malam. Aku terus online ngan desktop besaq Nuruddin
(jeles aku dia bwk Destop dlm kolej, flat screen, maen game puas, tenet laju).
Then Rai nak guna computer sebab nak check jalan. Dia memang master tgk map ni.
Aku pon trus pergi kat letop Husaini and check movie apa ada. Tgk la Epic and
The Croods. Shahrul pon join tgk Epic. Then pukul 2 pagi kitorang nak gerak.
Kejut semua orang. The pukul 3 baru gerak. Pergi SevenE beli air and keropok.
Aku malas nk drive, aku suruh Husaini drive. Dia kata konon tak biasa bawak
Auto la itu la. Tapi bawak lagi pandai daripada aku hareeem.. Hahaha.. Kitorang
sampai sana pukul 4 cmtu, siap-siapkan barang then MoveOn.
Masa ngah traffic merah sempat snap! Thanx driver, memahami. |
Pukul 4 suku pagi kitorang start mendaki.
Bayangkan kita awal gila (KONON nak tgk SUNRISE). Bayangkan, kitorang pergi
weekdays mesti la tak ramai orang, Kitorang first kot sampai. Pastu naik.
Mnyesal aku bawak beg and air botol lagi. Agak mnyusahkan sbnarnya. Aku ingat
alah.. Broga jer pon. Aku pun tak pernah naik bukit or berjungle trekking
seumur idup. Awal2 macam kelapa sawit. Yang aku ni bijak pulak, tau nak daki
bukit bukan nk cas handphone. Nak buat torchlight. Masuk dalam sikit baru
terkial2 nak guna phone bkk lampu (bateri tinggal 19%). Nak gak save skit utk
tgkap gambo atas sana. Bukit Broga ni banyak puncak. Banyak kali kitorang
tertipu ingat dah sampai destinasi untuk dituju.
Dalam perjalanan tu aku tengok
jer kaki orang depan. Taknak tengok sekeliling, takut Nampak hantu.
(Terpengaruh cerita melayu ish ish ish). Haha. Kalau tak bawak torchlight
memang korang takkan nampak apa-apa. Banyak curam kalau tak perasan boleh jatuh.
Nauzubillah. Then separuh jalan ada sorang geng kitorang muntah (gegurl). Takut aku tengok. Pastu nak duduk. Boleh
cramp kot suddenly duduk camtu. Kitorang suruh dorang sandar kat pokok jer.
Nasib aku bawak kain pelikat so boleh la kibas2 dia. Buat kipas. Yang pakai
sweater awal2 tapi semua bukak, panas kot sebab mendaki. Bnyak trek mencabar,
kena guna koordinasi yang tangkas. Kena pakai kasut sebab agak licin. Nasib baik
kitorang pergi x hujan sebelum tu. Nak sampai suku tu ada seorang lagi muntah
(gegurl lain). Then sampai puncak pertama, tgk view tak best sgt.
Sampai pukul 5.20 camtuh. Daki
lagi. Mencabar ini mencanak bukit dia. Kena pegang2 batu. Sampai puncak dua ni
luas skit kwasan dia bnyak batu2 bagus untuk… photoshoot. Dorang berehat. Then
bdk laki lain nak terus kat puncak 3. Rai malas, sebab dia pernah naik. Kitorang
pergi puncak tiga, Husaini pasang muzik handphone dia kitorang buat disko atas
tu. Then dgr azan kot tak tau dari mana. Tengok berkelip2 jer
bangunan-bangunan. Snap2 pic then trus turun puncak 2. Rai dh semayang dah.
Then aku smyang kat kwasan rata tu. Rasa cm musafir gila. Sementara tu ktorang
sembang and snap2. Pukul 7 pagi still takda sunrise. Rupa2nya sunrise balik
bukit lagi satu, kalau nak tgk sunset sesuai kot. Macam2 posing dibuat.
Sori kamera x cantik sgt.. |
Bulan and lampu2 bangunan kat bawah.. Leh buat video klip. |
Me |
Shahrul |
Rai |
Gambar banyak kat kamera yang lain, so tggu dorg upload ntah bila.
Aku curi dari instagram Shahrul. Smgat abang ni! |
Curi kat instagram Husaini lak.. Ye la camera dia canggih S3 kot. |
Lawa kan? |
Then
nak turun pulak, ingat mudah, melecet gak kaki and lenguh, no break tau. Naik
ada la rehat2. Aku fikir, sampai awal, rehat lama skit, tu yang meluru tu. Ada
satu tahap tak terhenti aku nak pegang lalang2 tu takut berdarah. Nampak batu
aku terus sepak. Reflex. Stop trus. Hahaha. Ada la pendaki lain depan aku
terjatuh la tergelincir la. Rasa nak gelak pon ada. Tapi kang kena kat muka
sendiri amekkaw. Tapi kawan2 dorang ada bantu la yang jatuh tu. Aku sampai
bawah, bukak aircond keta trus rehat. Then Husaini sampai dia nak kencing.
Hahaha. Kat situ ada tandas, Rai pergi pagi tadi tapi tutup. Angin dorg semua.
Dia pon bwk keta aku nk cari kedai minyak ke. Tak tahan gila dia tahan lama.
Tengok takda, sampai dh terpikir nk pergi kat semak aje. Then, aku nampak ada
lorong leh masuk, organic farm apa ntah.. Aku, Luqman ngan Nuruddin seronok tgk angsa semua smentara Husaini melepaskan semua urine nya.
Pastu kitorang igt nak breakfast,
trus alang-alang beraya umah Afiq. Kat Kajang. Rumah dia tak da orang, trus,
Wani buat air Teh O. Pas beraya aku trus pergi bilik Nuruddin rehat jap sbb
Husaini nak minx tolong anta barang umah Shahrul. Aku tidur ada la 2 jam lebih.
Masa ngah tidur tu Felo ketuk. Kuat gila. Suh kosongkan bilik. Kerek sikit. Terpaksa
pindahkan barang semua. Nuruddin nak simpan barang kat bilik Rai KK11, aku
tolong angkat juga. Terasa mcm pergi gym
seharian from hiking to weight-lifting. Street workout bak kata Shahrul. Pastu kesian Najmi tak da transport nak balik
dari umah kakak dia kat Subang, sebab dia nak hantar kereta sana, pastu next
day dia nak balik Ganu dah. Malam tu aku ada tuisyen nak diajar, Aku sampai
umah pukul 9.10 malam. Trus ajar, *tak makan lagi. Sambil makan nasik ayam aku
ajar skit. Trus tertidur ada nasi ayam. Then bangun jap, basuh tgn then masa
ngajar tu ttido. Pukul spuluh aku tak thn sgt aku trus ckp kat student aku
sorry mmg penat. Aku dah la tak mandi seharian, muka minyak semua. Aku tak
kisah asalkan aku tido. Aku bantai tido. Pagi tu pukul 9 trus mandi. Hello aku
pakai lemon tau buat scrub bagai. Lega akhirnya.
Pengalaman mendaki bukit semua
ini banyak mengajar sabar tau. Eventually kita akan sampai puncak jugak. Hubungan
aku ngan kawan-kawan makin erat jugak. Aku bangun pagi terus ada six-pack
(kalau lah kann). Kalau - kalau babi pun halal.. Hahaha. Badan lenguh2 tu biasa. No Pain No Gain. Tu yang aku
kata exhausted + rasa nak maki + tapi FUUUN! Lain kali kita buat aktiviti cm ni
lagi ye kawan-kawan! Love u all!
p/s: Rindu ngan dorang semua.. Kita ada dua tahun jer lagi untuk bersama.. :(
Kbye.
No comments:
Post a Comment