Wednesday, 25 September 2013

Dr. Phil's Test

Baru-baru ni aku selalu nampak kawan-kawan post pasal ujian Dr. Phil, maka aku ambil lah. Aku ingat untuk seronok-seronok apa salah. Basically ni cam personality test. Ni lah result aku dapat. Betoi ka?

My result :)

Macam nak percaya. Ntah la. People Judge.

p/s: Nanti ada program SERU pasal personality test. Nak pergi ngan Zeti and Tirah


Kbye.

Tuesday, 24 September 2013

Lawatan PPUM: NICU


Hari ni pulak, aku melawat wakaka (Wad Wanita dan Kanak-Kanak). Agak susah gak sebenarnya, wad ini terletak depan Menara Timur, memang khas. Kat situ ada Wad Pediatrik semua complete. Aku rasa bangunan tu agak baru sebab semua memang tip top. Tapi tempat yg kitorang melawat ni agak terpencil Neonatal ICU unit (Baby yang pramatang and sgt pramatang pun ada). Mula-mula kami diajar basuh tangan. That is the most important thing. Ada alcohol (mcm sanitizer). Guna banyak-banyak pun xpa, asalkan bersih. Tapi kami di ajar guna yang air punya. Ada step-step dia. Bukan apa sebab baby kat situ sangat fragile and mudah berjangkit. Kami dibenarkan tangkap gambar tapi no patient's. Masuk-masuk wad tu memang bnyak gambar yang tenang. Cute-cute belaka. Memang dorang nak wujudkan environment cmtuh.

Style kan gambar dia.

Haha ini lawak! Buat ANDA? Susu ibu anda buat saya jugak? Hahaha



Pastu, terus terang nurse tu sgt lawak. Mmg senang rapat. Correction: Sister. Sis tu memang baik. Kitorang diajar mechine ni utk apa. Baby ni sakit apa. Aku tengok baby yang critical tu kesian. Kaki kecik je dah di suntik masuk tube hidung. Sis tu tunjuk kan mcmna dia pasang ECG electrode kat baby utk monitor heart rate dia. Ada la kes-kes yang rare. Bilik tu boleh muatkan 25 orang baby. Now about 20 jer. Dorang ni perlukan intensive care yang gila-gila. Sebab dorang immune rendah, tahap ketahanan, badan fragile, semua tulang belum terbentuk sepenuhnya, organ pun ada yang x boleh berfungsi. Kadang2 baby pun boleh 'lupa' untuk bernafas. Kena usap dada dia bagi nangis sikit. Ada device untuk detect semua tu. From oxygen level kat kulit, surrounding pun ada.

Monitor untuk tunjuk level temperature semua.

Ventilator

Monday, 23 September 2013

Lawatan PPUM: Wheelchairs

Untuk sem ini, aku ada 6 jam seminggu untuk melawat PPUM (different2 department). Untuk subjek 6 jam ni pulak kredit hour dia 1 sahaja. Nak buat cmna kan.. Ikut kan aje lah. Kitorang akan rotate-rotate stations, dua group tiap kali, ada lah dalam 7-8 orang. Subjek ni untuk tengok various equipment in the hospital and we as an biomedical engineer, we need to find or to improve those equipments. Banyak equipment hospital ni. Kena belajar mechanical properties dia, materials, electronics etc. Kitorang akan melawat wad bersalin, ortopedik, rehab (physiology), wheelchair, medical imaging, cardio, and others (lupa).

Untuk hari ini kitorang akan melawat wheelchair departmen. Siapa nak pergi sila pergi ke PPUM Menara Selatan, Ground Floor. Mula-mula kami duduk situ sampai 9.30 pagi. Staff tu rilek je. Dorang kata tggu doctor siapa? Kitorang ckap tour baru.. Oooohh.. tour.. knp tak cakap tadi.. =,='. Mula-mula kitorang di beri pengenalan tentang wheelchairs ada 11 jenis rupanya. Based on penyakit jugak. Yang standard punya biasalah recline punya, (kerusi sandar dia boleh baringkan). Pastu aku tanya kat situ ada buat wheelchair ke? Dia kata dulu ada, tapi ambil masa sebulan for ONE wheelchair. Skarang dorang beli frame and modify based on permintaan. 

Tempat pembuatan cushion for sclerosis patients for example.

Modified for cerebral palsy patients. *badan dorang tend to mengecut*

Penyimpanan, stok lama/baru

Mesin potong-potong kayu pon ada.

Aku ada tanya berapa satu wheelchair, dia kata normally for RM 500-600. Tapi yang modified for sports boleh cecah RM 16k. Aku agak terkejut. Tapi bila angkat memang ringan sebab guna carbon fibre. Tahan lasak and ringan. Lepas itu kami pulak pergi lah menjenguk-jenguk. Then abang tu kata suruh kitorang raasai kesusahan mereka yang pakai wheelchair. Semangat kitorang. Mula-mula belajar drive dulu. Then dia ajar buat wheelie. Wheelie penting for bumper/halangan kat jalan. And Malaysia ni susah sebab dorang tak standerdize kan pintu untuk OKU sekali. Banyak negara maju lain dah ada dah. Agak susak ank buat wheelie. And.. Aku jatuh. Terlentang! Hahaha. Malu aku. Tapi memang susah. Syukur kita tak payah guna wheelchair. Sampai satu kes ada tersepit jari la. 
Najmi, dapat duduk tak nak bangun. Haha

Friday, 13 September 2013

Sem Baru

Sem Baru lagi... Dah 3rd Year dah. Sedar tak sedar. Makin lama subjek makin susah. Sem ni kitorang kena buat amali dekat PPUM. Rasa cm budak Medic sikit la. Haha. Sem ni jugak belajar Law tau. Law of Intellectual Property, Law of Tort banyak lagi. As an engineer, we have to know our rights! Sem ni pun lecturer semua best-best (harap result better). Baru start first week banyak kerja nk buat kolej+club+taekwondo. #bestrong aje lah. Mmg sakit gila badan dah lama tak taekwondo. Bulan sebelas ni tukar belt (for grading). 
Tu tali pinggang lama okay... hahaha

p/s: Tak puas hati ngan Abe We (bukan nama sebenar)

Kbye.

Saturday, 7 September 2013

Macaron Part II

Dalam post sebelum ni beria-ria aku explain cara buat macaron. Indah khabar dari rupa. Explain memang easy buat, huh. Penat + tak gembira. Malam semalam aku buat ngan Zulia Shahira a.k.a Kak Yang (dia tua sebulan). Mula-mula memang dh ready semua barang. Aku ni pergi la putar telur ngan gula kastor tu (cam nak buat meringue). Pastu ada masalah so-called serbuk badam aku beli tu ketul2 besar. Aku dah try blend still x leh. Ada la satu teaspoon jer dapat. Tu satu masalah. Then dah nak pipe pulak, awal2 cantik.

Ni dia dah pipe

Dari biru lepas bakar jadi hijau pastel. Haha. Aku pekat kan lagi biru tu. Keluar jadi Hijau Jade/Emerald. Suka titew *sambil buat jari. Tapi lama-lama bater tu jadi cair. Huh Semua melekat. Tak boleh nak buat bentuk dah. Melekit2 (sebab gula). Bila aku tengok biru mula lah aku nak buat purple. Apa lagi tambah kaler merah jadi PURPLE! *nanti org tgk cm bnyk nya dia buat. Padahal~ Lepas bakar jadi Coklat. Not bad la. Mcm variety gitew tapi hakikatnya. Pastu banyak tak jadi *tapi aku consider jadi jer.. Hantam sajalah labu! Dah pukul 11.45 malam dah. Aku hantar Kak Yang balik dlu sebab sok dia ada hal. Aku pun sambung la saki baki. Esok baru nk wat inti sebab lama sgt. *Kalau dlm masterchef dh kluar dh aku. Dari pukul 8 malam - 1pagi. Haha.

Yang pale tu la hijau pastel. Bentuk lawa.

Ni la hijau emerald tu. Tapi crack.

Friday, 6 September 2013

Macaron

Aku sebenarnya dah lama mengidam nak makan macaron. Selalu tengok gambar jer. Yang hari tu pun aku teringin nak makan cupcakes, tapi x pernah jumpa, last-last senang buat sendiri jer. Ni teringin nak makan macaron, buat sendiri je la. Alang-alang boleh belajar sekali kan.

Setelah aku kaji, sebenarnya ejaan dia MACARON satu O sahaja, bukan MACAROON. Both are two different things.


Aku banyak tengok blog-blog tentang cara nak masak chumel ni. Benda ni sangat chomel, maka cara nak buat dia sangat teliti dan agak renyah jugak. Ada banyak pantang-larang and techniques masak benda ni. Siap tengok youtube lagi. Banyak video-video yang sangat membantu. Aku pulak ikut this one particular blog: http://www.howtocookthat.net/public_html/easy-macaron-macaroon-recipe/