Aku sebenarnya dah lama mengidam nak makan macaron. Selalu tengok gambar jer. Yang hari tu pun aku teringin nak makan cupcakes, tapi x pernah jumpa, last-last senang buat sendiri jer. Ni teringin nak makan macaron, buat sendiri je la. Alang-alang boleh belajar sekali kan.
Setelah aku kaji, sebenarnya ejaan dia MACARON satu O sahaja, bukan MACAROON. Both are two different things.
Aku banyak tengok blog-blog tentang cara nak masak chumel ni. Benda ni sangat chomel, maka cara nak buat dia sangat teliti dan agak renyah jugak. Ada banyak pantang-larang and techniques masak benda ni. Siap tengok youtube lagi. Banyak video-video yang sangat membantu. Aku pulak ikut this one particular blog: http://www.howtocookthat.net/public_html/easy-macaron-macaroon-recipe/
Semangat gila aku cari info-info dia. Kalau lah lab aku research camni, sure A. Ni buat nak tak nak aje. So sekarang aku simplified kan cara buat macaron.
Bahan-bahan yang perlu ada:
1) 4/5 biji putih telur (140 g)
2) 1/3 cawan gula kastor (70g)
3) 1 1/2 cawan gula aising (230 g)
4) 1 cawan serbuk badam (120 g) *mahal sikit, carik kat kedai kek, ada murah.
5) Secubit garam
6) Pewarna makanan *ikut suka kaler apa
Cara:
1) Panaskan oven 150 darjah Celcius.
2) Campur putih telur dengan gula kastor dan pukul sampai stiff. *google maksud stiff for egg.
3) Letak pewarna makanan, letak pekat sikit sebab kaler dia akan pudar skit lepas bakar.
4) Tapis serbuk badam+gula aising+garam. *tapis 2 kali sebab kalau ada ketul badam, nanti jadi tak cantik.
5) Masukkan tapisan serbuk badam+gula aising+garam dalam telur yg dah stiff tadi.
6) Lipat dorang sampai sebati. (30 - 50 kali sahaja). *Kalau kurang macaron retak, kalau lebih macaron leper.
7) Lapik tray dengan kertas minyak, or aku pakai silicon sheet, mahal skit, tapi leh reuse.
8) Letak dalam bag aising, bagi bentuk comel2, *bagi yang aku kurang pakar ni, aku guna duit syiling then buat atas kertas A4, bagi bentuk sama.
9) Bakar dalam oven untuk 20 minit.
10) Siap, buat inti dia. *letak jem saja pun sodap.
Sebagai reference, guna duit syiling 50 sen. |
p/s: Apalah rasa dia nanti, cantik ke tak? Ntah? Haha. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
Kbai.
dah siap?
ReplyDelete