Saturday 1 February 2014

Best Selling Album in Malaysia (Local Act)

Ha. Biasa lah, aku ni suka baca-baca pasal album-album skit. Ye la bosan kan. Tetiba terdetik nak tgk siapa artis Malaysia yang ada jualan album yang paling laris di Malaysia. Maklumlah, Malayisa ni punya market ciput. Susah nak sell. Bukan macam US. Baru nk keluar album, dah berduyun-duyun orang pre-order dlu. Muzik kan lagha. "Eleh, dari bazir better download je". Ayat tu biasa je dalam Malaysia ni. Patut industri muzik kat Malaysia ni susah maju. Tengok AJL, "Eleh, hambar je, Grammy or Kpop, lagi gempak, grafik semua". Ingat skit, industri kita camna, dorang camna. 

Dorang melabur for the best. KITA asyik download je, pastu salahkan Malaysia takde bajet la itu, tak ada kualiti. Artis kat Malaysia, tu yang malas buat album, better satu lagu hits, then puas hati. "Wow, dapat #1 kat ERA baru gempak". Hurmm. Rata-rata dorg harap lagu dorg keluar radio and income mostly from jemputan show je. Susah nak naik skit industri muzik ni. Filem, easy, muka cantik, buat parody lah. Lantak depa.  Anyway, no bebel, tengok kegemilangan industri muzik kat Malaysia pada suatu ketika dahulu. 

Antara album paling laris di Malaysia:

Raihan - Puji-Pujian (1996)

Raihan (Puji-Pujian) - 1996: Merupakan antara albu yang legend kat Malaysia. Mungkin banyak faktor sebenarnya. Ye lah, dulu bukan ada mp3, bukan ada internet, bukan ada handset cecanggih nak play semua. You want, you pay. Ingat masa kecik-kecik dlu, selalu pasang lagu Raihan, kaset semua. Album ni mencatatkan jualan dalam Malaysia 700,000 unit dan worldwide sebanyak 3.5 juta terjual. Gempak Raihan nih. Kalau ikut piawaian jualan Malaysia tahun 2009 dah 46 kali Platinum / 4 kali Diamonds.


*Di Malaysia, jualan album untuk mendapat platinum hanya lah mencecah 15,000 unit. 10 kali platinum biasanya = 1 Diamond. Di US, platinum harus mencecah 1 juta unit, 10 juta= 1 Diamond.


Ella - USA (1994)
Ella (USA) - 1994: Ella merupakan pemegang album terlaris bagi wanita (bukan keseluruhan). Album ini dikatakan terjual mencecah 500,000 unit. Ibarat 33 kali platinum. Layak lah di gelar Ratu Rock Malaysia. 


Siti Nurhaliza - Lentera Timur (2008)

Siti Nurhaliza (Lentera Timur) - 2008: Pada saat album susah nak terjual even 5000 unit pun, Siti gagah membuat album yang tradisional and membuahkan hasil apabila terjual 100,000 unit. Lebih kurang 6 kali platinum. Siti merupakan artis Malaysia yang paling laku, di Malaysia, enam album pertama Siti telah terjual 1,000,000 unit. Tak kira 9 album dia yang lain. Patut la #1 di Malaysia. Salute.




Hafiz Hamidun - Zikir Terapi

Yang terbaru, album Hafiz Hamidun (Zikir Terapi) dah terjual 50,000 unit kot. Terbaik! Good job. 

p/s: Kat US pun album paling gempak (latest) dah 23 juta unit terjual, ADELE, 21. Susah jugak market sana sekarang. Tapi dorang sell jugak la. Hurmm..


Kbye.




4 comments:

  1. follow sini.. follow me back.

    ReplyDelete
  2. What!? Adele tak jual 23 juta unit kat us la utk album 21. 23 juta tu worldwide. Kat us maybe more or less 13/14 juta.

    ReplyDelete