Saturday 5 July 2014

Jalan-Jalan Ke Busan

Memandangkan Sabtu merupakan hari cuti, maka kami semua buat keputusan untuk menerokai Busan. So kami semua start gerak dari Inje dalam pkl 10.30 pagi.. Dalam menunggu gegurls makeup kpop mereka, maka aku pon berjalan-jalan sekitar dorm kejap, konon nak tengok gym, just tengok je la, then ada orang main bola, training, garang betol coach dorang. Dengar suara coach mengajar dari atas.

Ni la pemandangan dari atas dorm kitorang. 

Then kitorang ingat nak pergi 7eleven kat dalam Universiti tu, tapi malang nya tutup. So kitorang tunggu Jack dulu sebab dia ngah google jalan.

Sementara menunggu Jack

Dalam menunggu Jack, kitorang try membaca huruf korea. Rupa-rupanya agak boleh difahami jugak bahasa korea ni. Bee ajar setiap bentuk tu ada huruf, I was like, ohh quite interesting tapi, siapa leh faham semua in one day kan? So slow-slow (nasib baik beli kamus, banyak info dalam tu). Kitorang leh baca tapi tak tahu maksud.

Ni la contohnya

Then berjalan keluar, macam rusa masuk kampung, eksaitednya tengok sekaliling cam cerita korea tu, semua best tengok, rumput pon rasa nak baring je. Haha

Kat luar Inje Uni 

Jaemiinneun! 

dalam kedai pon kitorang posing

Kat korea ni kedai kedai macam 7E nama dia G25. Banyak nokharom, macam bukak gerai je, satu, then belakang kedai tu pon G25 gak, then jalan 5 kedai, G25 lagi.. Hahaha. Kitorang beli card bas and LRT dorang (tak tau sana panggil apa). Comel card bas dia semua harga 3500 Won + 20,000 Won (topap) = RM 74.00. 
Yang pink macam bear tu pas dia
Yong

Sementara tunggu bas

Sebenarnya hari ni kami nak pergi melawat Busan Tower dengan tour guide kami Jacob (budak korea yang pernah datang UM waktu kami first year). Dia kan orang sini, so senang nak deal. So kami kena jumpa dia kat stesen apa ntah (tak amik tau plak route dia :( next time la)

Dalam bas dia. Punctual sebab laju gila dorg bawak, pegang la tiang tu sekuat hati. Haha

Ni la laluan dia

Cam biasa mereka

Beli ni kat Busan, RM 7.70. Murah kan.  Mask dia pon RM 2.50 je


Kami sampai Lotte
Orang Korea sedang bergambar


Lepas turun dari Subway Train tu, kami pergi Lotte untuk sembahyang, tepi tangga je. Tapi tangga dia bersih tidur pon boleh. Aku pergi beli surat khabar sebagai alas sembahyang, lupa bawak sejadah. Tengok gambar atas tu, tudung Mira fefeling ditiup angin.. memang pon, sejuk tau angin dia dalam kol 2 ptg waktu tu, rasa cam kat Cameron Highland. Nak lintas jalan tu kitorang kena melintas lalu underground punya jejantas. 

Ni lah Busan Tower, harga masuk tower tu RM 12.60


Dorang letak nama dorang dan Mangga lalu lock di situ

Dari persekitaran Busan Tower

Dari atas Busan Tower

Dari atas Busan Tower

Tiles Cinta pon ada?

Then kitorang memang tak larat, bibir kering sebab sana kering and sejuk. Ingat nanti nak beli lip bum ke. Habis bibir Maleficient ni. Penat sebab jalan jauh dalam keadaan berpuasa, tapi kitorang bantai je sebab best tengok environment baru. Gegurls beli Kuih Kacang Merah untuk berbuka ngan Takoyakki. Orang Korea sini peramah tapi apakan daya masalah komunikasi membantutkan perbualan kami. Haha. 

"Indoneshia?"
"No, we from Malaysia" 
"Ohh Malayshia.." 

Then senyap.. Senyum je..

Lepas tu kami tengok pasar ikan depa. Fuh semua ikan bergerak lagi. Sotong Kurita pon. Ngeri tengok. Banyak hidupan laut yang rare kat sini.







Apa nama tu?


So far best gak, bukan selalu kitorang dapt jejaln camni. Ok nanti raya kitorang plan nak pergi Seoul. Seoul mu tunggu aku datang.

p/s: Isnin start praktikal

Kbye.















2 comments:

  1. nak face mask tu... kirim2... hahaha
    *ok, aku serius*

    (trah zain)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay.. boleh2.. ke nak kupon pembedahan plastik?

      Delete