Sunday, 30 June 2013

Short Sem

Tatkala semua pelajar cuti. Hari ini bermula lah shortsem aku. For this short sem aku mengambil dua subjek Algebra dan Vector (kantoi subjek ni dulu). Hari ni kelas tak ramai (first klas biasa la.. x balik lagi la, attendance tak cek la). Kelas kitorang akan dipack menjadi 2 jam sehari selama 2 hari seminggu. Kira 4 jam seminggu. Aku amik 2 subjek kira 8 jam seminggu. Well, tak pa. Kelas tak stress. Dua subjek jer pun and kawan pun ramai. Duduk umah lagi best, ulang alik. All the best la semua.!




Lecture hall dah modified. Kosong jer. 

Kbye.

MU

Maka hari ini aku telah pun tengok Monster University (MU). Decision ni aku buat malam tu, ngah duduk ngan adik aku then saje je. Mak aku cakap pergi je sok bawak adik. Adik aku darjah 6 ngan darjah 4 ni punya lah excited. Pukul 12.00 kitrang sampai IOI Mall, tgk wayang penuh. Biasalah citer hot. Then aku beli pkl 2.45 ptg. Tnggu.. Kitorang tak lapar sebab dah makan kat umah. Then pergi beli CD game Okami. Best gak. Semua usha aku pelik. Macam bwk anak-anak jer. Haha. Tgk mainan kat Toy 'R' Us. Nak beli memang tak la. Mahal kot situ. Last-last beli FamousAmos makan tepi-tepi kerusi tu jer.

Mike waktu kecik. Suara dia adorable gila!


Masa beli tiket tu, aku berbelah bagi sebanarnya. Baru aku Despicable Me 2 dah keluar. Setahu aku 9 July kot! Last-last tengok aje la..

FYI, this is one-of-the-best animated movie I've ever seen. Cerita ni aku gelak dari awal sampai habis. Tak pernah aku gelak kuat cmtu dalam wayang. Memang best. Jalan cerita sangat teratur and entertaining. Semua watak dorg sangat comel plus ganas. Terasa mcm dekat U sendiri. Hahaha.

Dorang roomate dulu... fuhh

Saturday, 29 June 2013

Harvest Moon Back To Nature (PS1)

Dalam banyak-banyak game yang aku main, game ni yang paling aku suka sampai bila-bila. Game ini sebenarnya game PS1 aku dulu. Mula-mula sepupu aku yang syorkan game ni kat aku. *Masa tu semua demam PS1. Game ini sangat best tak terkata. Basically jalan cerita dia, datuk dia tinggalkan ladang ni. Ladang tu dah teruk gila sebab terbiar. So kita sebagai budak bandar, kita kena jage sebaik mungkin, penduduk bandar tu kasi 3 tahun untuk tengok prestasi kita. 

This one!

Gameplay dia sgt adventurous dan semua decision kita akan dtgkan outcome berbeza. Memang cute. Grafik dia bukanlah tip top cam game-game skang ni. Kita kena jaga ladang ni bersungguh-sungguh untuk dapat kepercayaan orang kampung. Kita kena bagi ayam makan hari2, lembu,kambing, kuda. Anjing tu nanti dia besar. Oh tak terkata, banyak benda yang boleh dibuat. Mula-mula ruah kita kecil, then boleh besarkan kalau work hard. Ada macam2 pertandingan dalam kampung tu boleh kita join. Baling Tomato, Lawan Ayam, Lembu & Kambing tercantik. Boleh ambil susu lembu dan buat cheese boleh ptong bulu kambing buat benang. Upgrade tool kita. Lots more! Memasak pun ada. 

Ni Mayor dia. Kena buat baik.

Comel tak kambing ni? Bagi makan. aww

Anjing. Aku punya Hachiko.

Tengok ayam dia. Cute. Tak tengok anak dia lagi.

Friday, 28 June 2013

Books

Untuk pengetahuan semua, aku ni dulu minat membaca buku. Skrang ni bila elektronic dh maju, buku pon susah nak beli. Banyak baca online and pdf aje. Beli pon sebab ada voucher buku aritu and aku pergi Big Bad Wolf (sebab murah gila). Last-last beli buku banyak2 tak baca lagi. Baca separuh jalan, then malas sambung. Bila nak habis. So cuti panjang ni aku nak try habiskan buku-buku yang aku beli ni:

Buku ini agak menarik awal-awal, then tak ada masa.

#Inspiring

Setelah tengok movie baru aku minat nak baca  balik.
Buku ini agak susah untuk difahami bagi aku. Tapi semua kata best. Why not?

Dalam baca-baca buku pun Al-Quran jangan lupa. Tambah-tambah lagi Ramadhan nanti, ber square square root pahala. #justsaying


Kbye.

Wednesday, 26 June 2013

Habis sudah.

Finally habis exam final. Tak dinafikan memang pressure build up kot. Lagi seteress dari SPM. Sungguh. Yang penting sekarang dah habis. Cuti ni aku nak ambil short-sem and bnyk benda boleh buat time puasa ni. Raya and back to class (sekejap jer rasa). Cuti lama-lama pun mati kutu dekat rumah. And of course, I will miss a lot of people. #Hope to see you guys later. 

Antara benda yang nak buat cuti ni:

Nak amik lesen motor. Macam macho jer.
Exercising. Mesti berat punya kat rumah. So, kawal.

And disamping bulan Ramadhan yang akan menjelma nanti, 10 July (hari jadi aku) #tiba. Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita bersama. Amin.

Kbye.
 



Saturday, 22 June 2013

DOTA

Well of course, Defense Of The Ancient ni dah lama dah dlm dunia ni.. Ada org dh main sejak form 2 lagi. Aku pulak.. Tak sampai setahun. Masa aku first year Shah ngan Afiq selalu main DOTA dlm bilik. Aku tengok jer. Pening aku. Bising tau tak kalau pasang bunyik. 

Then, aku mula berjinak-jinak. Mula-mula memang kena sabar. Mati tak terbilang la. Bila dapat kill sekali pergh.. Suka gila. Pastu datang la addictednya.  Lagi satu game ni banyak hero dan lain-lain kuasa dia. Sangat entertaining. Kena kumpul duit (mcm berdikari jugak la..). Orang kata DOTA (Dunia Org Takda Awek). Shah tu okay jer.. Hahaha. Aku rasa ayat tu awek-awek dorg yang buat supaya nk takut-takutkan. Game ni kena fokus, tak boleh kacau. Bila tak dpt perhatian baru buat acronym tu. #Tiba.

Dipendekkan cerita memang skrang ni selalu main. Pas study, main jap. Haha. "Alah, orang dah main DOTA2 dah". mereka mencaci. "Biaq pi la aku, aku nak main satu dulu". DOTA2 lawa gila grafik tapi untuk pemain yang baru dan noob macam aku ni, biar la seronok-seronok aku main jer..

Ni antara hero-hero yang aku suka:


Baru reti guna Centaur ni

Can I call her Queen? Best

SK best. Mati leh reincarnate (btol ntah aku eja)

Bapak range dia macam Mariah Carey, jauh.

First hero yang aku suka sampai skarang. Ms. Traxex
Well banyak hero aku tak familiar dan tak tahu sebab banyak hot key and aku tak faham nk guna kuasa dorang. For the time being, memang ni feveret. 


Kbye.

Friday, 14 June 2013

Affamés (Lapaq)

Oh mai! Hari ni acam lawak je. Pagi tadi mmg bangun lambat pastu terus study (sebab nk final punya pasal). Then lepas tu pergi solat jumaat. Then baru makan kt riang-riang. Bayangkan dari pagi tak makan. Huh. Lepas tu, petang tadi sesaja nk joging (drpd tidur ptg). Ok #stamina aku dah tak kuat. Malas je selalu. Sampai bilik pukul 7 ptg mc tu layan Futurama jap then trus pergi library. Rai ngan Najmi ada ajak makan, tapi malas gila, boleh mengalahkan lapar (konon boleh tahan).




Lain kali aje la Pak Cik



Balik mcm pukul 11 cmtu Shah (room8) tanya. Lapar tak? Aku pon no hesitate ckp lapar. Kitorang plan nak naik motor Rai pergi KFC. Pergh! Lawak sebab aku tak kuar duit lagi, Shah pon sama! Then pergi la seua atm, sampai ke PJ. Rupanya btollah, perkhidmatan kuar duit dah tak ada lepas 12 tgh malam. Hanj*ng. Ak desperate gila tadi, dh la lapar. Ikut kan hati sanggup je... *tuut 

Last-last kitorang makan angin aje la. Perut pun masuk angin. Ada la nyanyi-nyanyi atas motor nk sedapkan mood. Lalu pass KFC *sambil buat muka sedih. Masuk bilik Shah carik cekelat. Haha Aku makan kismis. Ade la glucose sikit, boleh la survive sikit. 

Moral: Keluar duit cepat-cepat, jangan terdesak nanti baru susah. Kalau tak da pinjam la sesiapa dulu (sh**t baru teringat skang!). Nak buat cmna. #Sleepy
Kau tgk aku tibai kau cmna nnti.. Muahaha

Kbye.


Thursday, 13 June 2013

Cry Me A River

Sudah menjadi acara setiap semester. Budak-budak laki semua mesti akan mandi sungai yang terdekat kat KL ni. Ye la KL panas. Kena la sekali-sekala mandi sungai dan menikmati keindahan alam sikit. (kitorang enviromental-friendly tau). Maka, bermula semester lepas kitorang pergi Sg. Gabai. Perjalanan lebih kurang 30 minit dari UM. Kitorang jenis tak kisah. Beli roti makan ngan roti sebuku. Kongsi-kongsi jer. sho shueet.. Takkan nk hadap buku memanjang kan. (hadap buku ke?).. So kitorang mandi and berjimba! Semester ni kitorang pergi Sg. Sendat pulak. Yang penting kena ada waterfall, baru best sliding. Kalau berendam dalam besen pon boleh. Yeah!

Kena bayar seorang seringgit and extra charges for camera

Aku kot snap

Cover kot, tgh sliding (pakai spec lagi). Oops!

Bahagia

Wednesday, 12 June 2013

Final Exam

Memandangkan sekarang ni wifi laju and ada masa terluang.. Saja nak cakap pasal aku punya subjek for this    final exam. For this final exam aku ada 4 paper untuk diduduki. Semua subjek jabatan yang agak susah kalau tak belajar. "Semua benda jadi senang kalau kita belajar dari awal" - kata-kata itu terngiang-ngiang kat telinga aku, bernanah dengar. Hahaha.. Memang la, kalau study dari awal, semua subjek ini mcm kat celah gigi je. easy.. But, nk buat mcmna azam yang kuat dari awal semakin hari semakin mnyusut/ naik turun.. Alhamdulillah sekarang ni macam dah meningkat balik. Anyways, subjek yang akan aku duduki adalah:


Terus terang aku cakap aku kurang bersedia dan kurang yakin untuk subjek Thermofluid dengan Medical Electronics. Dua-dua ni agak susah untuk difahami and tak boleh expect soklan final dia. Just berdoa and usaha jer la. Tapi kenapalah slip exam ni tak letak tempoh masa? Baru clear sikit. Ada lecturer konon nak bantu, dia pergi buat 3 jam satu paper (macam aku first year dulu). Preparation untuk final aku ni harap berbaloi. "Alah, daripada kau update blog kau baik kau study", herdik mereka. "Eh sekati lah, sekejap jer", aku membalas. Anyways, I hope all of my friends and myself can do our best and reach for the stars.


Kbye.

Tuesday, 11 June 2013

Classic Songs

Mungkin ramai yang tak tahu yang aku ni memang menggemari muzik-muzik yang clasic and evergreen. Ah kau ni memang old-fashion, bosan.. But, for me muzik-muzik macam ni la yang mengilham kan/ predecessor kpd muzik skrang. Ramai artis skrang pon kalau tnya ilham dorang, mesti jawab yang lama2 dulu.. Tapi kdg2 artis tu ckp je ilham P. Ramlee konon.. Sbnrnya nk iktiraf/hormati jer.. Tp muzik hampeh.. Memang lain orang lain taste nya. Ada yang lebih cenderung kepada bunyi instrumental/ ada yang lebih to the beat (drum/guitar etc.). But for me, I love vocally. That comes the word singer. Maksud aku classic, I love jazz and broadway-type of muzik. Memang entertaining and aku ni memang kuat imaginasi. Bila dgr lagu-lagu mcm tu mula la terbayang aku yang nyanyi kat Madison Square la; Unplugged session la.. Hahaha.. Thus, muzik yang aku dengar seperti Billie Holiday, Ella Fitzgerald, Sarah Vaughan, Louis Armstrong, Barbra Streisand and lots of 40's singers. 

Billie Holiday - God Bless The Child

Monday, 10 June 2013

No Wifi

Alahai.. Isu wifi dan UM sememangnya tidak boleh dipisahkan. Untuk minggu-minggu biasa pun kena komplain inikan pula Study Week. Please la. :(

Tempat study sudah la terhad. Bilik? Hell no.. Tidur or melagha x pa kt bilik. Tak berapa kondusif sangat. Main Library sangat penuh 'sesak nafas'. Muka-muka yang tak pernah dtg library semua muncul. Hahaha.. Biarlah, effort dorang nak study tu.. 

Aku plan nk pergi Computer Lab dekat department. Bangun awal sebab 'konon' takut penuh. Dengan berbesar hati tengok, rupa-rupa tutup. Ni lagi satu hal. Sepatutnya study week la bukak. Ni pulak study week tutup. Apa? Cuti skali ke staff? Kalau ye pon nk buat maintenance, buat la time kitorang cuti 2 bulan lebih tu nnti. Logik kot. Huh. Kat kolej dalam bilik memang tak dapat wifi langsung even satu bar pon x da (mcm duduk dalam hutan). Hutan pon kot-kot ada tempias-tempias wifi sikit. Lobby kolej pulak berselerak umat manusia situ. Lastly kat foyer department jugak. Nasib baik wifi okay and ada meja kosong. Syukur..

Better start study skang and untung ada tempat kondusif sikit. Exam just around kat simpang jer. 
Harap I  will learn a lot today. :)

No wifi? Tsk.. tsk..

Kbye.

Sunday, 9 June 2013

Industrial Visit to EMKAY Group

Dalam Fakulti Kejuruteraan UM, setiap Department harus buat satu (wajib sebenarnya) Industrial Visit (IV). IV ini sebenarnya membuka minda pelajar or mendedahkan tentang alam perkerjaan nanti, itu yang semua x sabaq nk grad ni.. Basically for BioMedical Engineering Department, we are looking forward to visit medical-type company such as BBraun Penang, and all the company yang uruskan medical aparatus / machines. Setelah cari punya cari syarikat, EMKAY bersetuju untuk memberi kebenaran membuat lawatan. EMKAY is a real-estate company. What the hell related with BioMed? Rilek suda.. In the future semua orang kena bekerja dengan syarikat besar, tak kisah la Medic tak Medic. How you deal with people. Kalau blaja dpt 4 flat pon x tau nk komunikasi/etika (softskills) x guna dik.. 

Pagi, pukul 8 semua orang dah berkumpul, aku dengan Shah terkial-kial makan sembang.. Then Kak Enas kalut, cepat semua, bas nak mai dah.. I was like.. pukul 10 kan? Rupanya Kak Enas tau pukul 9 pagi, aku dapat email EMKAY kata pukul 10 pagi, kesian Shahrul kena tinggal. #Sorry

Lastly sampai Menara Mustapha Kamal pukul 8.45 pagi, Lawatan pukul 10 pagi.. Jeng jeng jeng.. Nasib baik environment office dia friendly and diva gitu. Semua lepak-lepak kawasan situ aje.. Mula la posing bagai.. Aku rasa bersalah sebab miscommunication.. Tunggu aje la. Not so bad..

Ruang legar ada carpet



Suka kakak-kakak semua

Pilot

Assalamualaikum dan salam sejahtera (pergh formal).. Memandangkan cuti SEM aku yang panjang akan bermula, maka aku buat keputusan why not make a blog? Cuti lama-lama takkan nk facebook, Candy Crush, tweet, je.. Bnyak benda yang boleh dikongsi bersama.. pengalaman etc. Nak show off sikit pun boleh haha.. 

Basically aku fikir guna aje la Blog lama kau... Then, biar lah.. Blog lama tu banyak mengarut.. Irreplaceable ni aku kalau boleh nk update secara istiqamah sikit. Update at least yang boleh bagi kenangan and berbaloi for me. 

Irreplaceable? Setelah lama fikir, Why not Irreplaceable? Sebenarnya dlm hidup ni bnyak benda yang irreplaceable sebenarnya.. Macam memories, orang yang meninggalkan kita,.. Thus, harap all the memories akan tersimpan dalam blog aku ni..

Thus, this is my Irreplaceable blog.. *harap blog ini akan diupdate secara istiqamah.. Amin

Glory

Kbye.