Monday, 29 July 2013

Insuran Selebriti Paling Tinggi

Tengah sibuk baca-baca artikel tetiba ada link pasal insuran. Aku pun baca lah and terkejut. Kadang-kadang aku terpikir "artis ni duit melambak sampai tak tau nak buat apa ke?". Cuba bagi aku $1000, tak luak pun duit kau. Cuba tengok senarai-senarai ni:

10 - Kylie Minogue
Kylie Minogue - Punggung

Kalau siapa tak tahu Kylie ni, dia famous dengan lagu "Can't Get You Out Of My Head" masa awal tahun 2000 yang dulu. Dia ni berasal dari Australia. Dulu aku confius dia dengan Madonna dan Gwen Stefani. Anyway, punggung dia di insurankan sebanyak $5 Million (RM 16.13 juta).

9 - Bruce Springsteen

Bruce Springsteen - Pita suara (vocal chord)
Dia ni merupakan artis rock solo. Album yang paling famous dia Born in the U.S.A. Dai jugak antara artis yang banyak menang Grammys. Dia telah memenangi 20 Grammys setakat ini. Dan vocal cord dia di insurankan sebanyak $6 Million (RM 19.4 juta).

8 - Daniel Craig

Daniel Craig - Badan

Siapa tak kenal Daniel Craig ni? Dia ni merupakan latest Agen 007 a.k.a James Bond. Dia menjadi agen rahsia British dalam cerita James Bond sejak tahun 2006. Dia telah insurankan badan dia sebab most of the stunts dia yang buat sendiri tak pakai stunt man. Badan dia dii insurankan sebanyak $9.5 Million (RM 30.64 juta).

Saturday, 27 July 2013

Update

Lama sebenarnya tak update blog ni. Bukan apa, sebenarnya tak ada benda yang menarik jadi. Pagi pergi kelas (short sem), malam ajar tuisyen. Itu ajelah cyclenya. Agak busy, kadang-kadang phone letak jer. Banyak miskol, tapi semua tak dilayan. Lagi satu maybe sebab kuota tenet abis kot. Tu yang bnyak hal dunia aku tak amik port tu. Muaha. Online kat phone jer la selama ni. Anyway, raya nak dekat, jom shopping raya. 

Rasa nak tidur je sepanjang hari..




p/s: Ok lah, Isnin and Selasa ni aku nak exam so bye.


Kbye.

Saturday, 13 July 2013

C*m Harrrem

Tak tahu kenapa lately, Google Chrome ak bnyak gila masalah. Iklan memang x leh bla. Setiap saat nak keluar. Nak bukak facebook, dia loading cam harrem lagi.. Buka blog pon tak boleh. Sumpah bengang. Aku ni pon bukannya pandai sangat IT ni. Tak tau aku nak buat apa. Aku dah uninstall Chrome and dh install balik pon still the same. Virus ke hape? Guna Mozilla and IE mmg loading 2 dekad la jwpannya. Ni pun aku bukak guna chrome, still.. ada iklan. Tak tahu aku nk buat apa. Aku boleh tulis blog, tapi aku tak boleh bukak blog aku sendiri. Pelik? Nak view aku punya sendiri pon tak boleh! Tension siot. Menguji kesabaran aku yang tengah berpuasa jer. Haish!

Ayat ni yang kluar tiap kali! #OhGodWhy


Rasa mcm nak gigit je letop ni! #Puasa
Kbye.

Wednesday, 10 July 2013

Birthday

10 July. Maka sudah genap lah usia aku 21 tahun. Semakin hari aku fikir, makin besar aku ni. Belajar tak habis lagi. Kerja tak sure lagi. Banyak nya belum aku capai dalam hidup. Nak jadi tu tak boleh, nak jadi ni susah pulak. Last-last just ikut flow and in shaa Allah ada something Allah akan bagi. Aku bersyukur dengan hidup aku selama ini. Dikurniakan keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang baik dan surrounding yang condusif. "Tak dapat bayangkan aku lahir dekat Afganistan". Syukur.

Thank You kpd sesiapa yang wish. May God Bless You. And Parents aku ada kasi jam#Wohoo. And sepupu aku yang darjah 6 (Maisarah) tu pun ada bagi aku hadiah. Tak sangka. Tq Maisarah, tq Cu juga.
Rushing Maisarah masuk ruah tadi, dia trus bagi Bag Tag. Dia cakap. Arah boleh beli ni jer. Aku pulak rasa bersalah, birthday dia aku tak kasi pape pon. Walaupun mampu dari dia. Huh. Next year ye.

Thank You semua yang hadir dalam hidup aku...


Cool gak. Boleh blagak Diva skit nanti.


p/s: Jam mls nak amik gmbar dlam bilik. 

Kbye.

Saturday, 6 July 2013

W.I.L.D

Setelah lama tak jumpa dengan kawan baik aku masa matrik dulu, Khamis lepas kitorang keluar berjimba. Nas dengan Bebe antara kwn baik aku dekat matrik. Semua rahsia masing-masing kitorang tau. Walaupun kenal tak sampai setahun, tapi memang bond kitorang mcm dh 10 tahun kenal. Dah jumpa gosip dari malam sampai pagi (cam anak dara). Hahaha. 

Kitorang decide jumpa kat The Garden Mid Valley before 12 tapi 12.40 jgk jumpa. Aku dari rumah ke Mid memang dekat jer, tapi tetiba parking Mid PENUH! Bukan sebahagian, tapi SEMUA PENUH! Obama dtg Mid ka? Aku pun bawak kereta perking dalam UM then, naik teksi pergi Mid, (lebih kurang je la nk bayar duit parking semua). Lepas tu kitorang pergi melalak sampai pukul 6 petang.

Nas and Bebe

Tuesday, 2 July 2013

Tuisyen

Lepas balik dari kelas Vector Analysis tadi. Aku memang tak bolah go dah. Memang mengantuk gila sebab makan ubat. Aku dh la sakit tekak plus selsema. Kat kelas Vector tadi memang aku tido jer. Shahrul asyik mngacau aku (nak kejutkan). Sampai rumah terus tidur.

Then malam mak aku cakap Nana dengan Ika dah kat depan nak tuisyen. Nana and Ika ni sepupu aku. Nana Form 3, Ika Form 2 (adik beradik). Then aku pon no hal. Form 3 jer pun.. Then ajar la. Tetiba Cu aku ada kat rumah tadi, dia ingat nak hantar anak dia tuisyen dengan aku jgk. Anak dia Mamat. Mamat ni Form 3 jugak. Ah baguslah, ada geng si Nana ni. Maka 3 orang aku ajar tuisyen. Malam okay la, sebab pagi selalu aku ada kelas. Lagipun dorang nk PMR pas raya ni. Boleh la ajar sikit-sikit.

Cuma subjek BM tu nak kena mengingat balik payah. Tak kuasa aku nk baca semua puisi2 tu. Mana yang boleh aku bantu aku cuba. Harap dorang bagi cooperation skit. Aku tuka mood garang nanti. Muahaha..

Cam cantik je. Saje letak.



p/s: Esok nak mop lantai. 



Kbye.