Setelah lama tak jumpa dengan kawan baik aku masa matrik dulu, Khamis lepas kitorang keluar berjimba. Nas dengan Bebe antara kwn baik aku dekat matrik. Semua rahsia masing-masing kitorang tau. Walaupun kenal tak sampai setahun, tapi memang bond kitorang mcm dh 10 tahun kenal. Dah jumpa gosip dari malam sampai pagi (cam anak dara). Hahaha.
Kitorang decide jumpa kat The Garden Mid Valley before 12 tapi 12.40 jgk jumpa. Aku dari rumah ke Mid memang dekat jer, tapi tetiba parking Mid PENUH! Bukan sebahagian, tapi SEMUA PENUH! Obama dtg Mid ka? Aku pun bawak kereta perking dalam UM then, naik teksi pergi Mid, (lebih kurang je la nk bayar duit parking semua). Lepas tu kitorang pergi melalak sampai pukul 6 petang.
Nas and Bebe |
Bebe kononnya, tak pernah pergi Pavillion, kitorang pun amik KTM pkl 6 tu, nak pergi KL Sentral then pergi Pavi from KL Sentral. Tetiba aku fikir tak dan jer nak pergi dh nak malam. Aku cadang balik UM naik kereta pergi IKEA. Dorang ni tak pernah akan meatball IKEA. Then aku bawak la. Guna DataPlan untuk GPS (aku tak tahu jalan). Tapi sesat jugak, maklum la aku kan Puchong.. Kene nganjing habis dengan dorang dalam kereta.
Sampai IKEA, beli meatball, aku nak 10 je, Bebe beli 20 + Chicken Wings, Nas 15. Aku tau uak nanti makan banyak-banyak. "Daging bakso sedap lagi..", Nas kata. Bebe setuju. Hahaha. Aku gelak jer. Dorang kata meatball IKEA ni digembar-gembur sedap, tapi rasa biasa je. Aku pun tak tahu. Tapi kalau nak merasa bolehla sekali-sekala. Malam tu alang-alang aku ada, tidur ajelah rumah aku. Mlm tu sampai pukul berapa pagi ntah tergelak kuat plak tu semua. Cerita pasal matrik memang dua tahun pun tak habis!
Melantak semua ni |
Jumaat tu sempat lagi kitorang pergi Sunway then hantar Nas ngan Bebe balik. Bebe belajar UiTM Shah Alam, Nas pulak UniMAS. Nas tinggal rumah pak cik dia dekat Subang (tak de la subang sangat, Shah Alam jugak). Then rushing amik adik aku Seksyen 18 Shah Alam. Bergegas balik rumah sebab malam ada tuisyen.
4/7/2013 - #Moments |
Tapi memang seronok keluar dengan dorang. Aku rasa sangat selesa dan masa berjalan cepat sangat. Kitorang plan sebelum raya nak keluar jugak, beli baju raya. Make It Happen.
p/s: Boleh la pasni kita pergi clubbing plak..
Kbye.
No comments:
Post a Comment