Monday 29 July 2013

Insuran Selebriti Paling Tinggi

Tengah sibuk baca-baca artikel tetiba ada link pasal insuran. Aku pun baca lah and terkejut. Kadang-kadang aku terpikir "artis ni duit melambak sampai tak tau nak buat apa ke?". Cuba bagi aku $1000, tak luak pun duit kau. Cuba tengok senarai-senarai ni:

10 - Kylie Minogue
Kylie Minogue - Punggung

Kalau siapa tak tahu Kylie ni, dia famous dengan lagu "Can't Get You Out Of My Head" masa awal tahun 2000 yang dulu. Dia ni berasal dari Australia. Dulu aku confius dia dengan Madonna dan Gwen Stefani. Anyway, punggung dia di insurankan sebanyak $5 Million (RM 16.13 juta).

9 - Bruce Springsteen

Bruce Springsteen - Pita suara (vocal chord)
Dia ni merupakan artis rock solo. Album yang paling famous dia Born in the U.S.A. Dai jugak antara artis yang banyak menang Grammys. Dia telah memenangi 20 Grammys setakat ini. Dan vocal cord dia di insurankan sebanyak $6 Million (RM 19.4 juta).

8 - Daniel Craig

Daniel Craig - Badan

Siapa tak kenal Daniel Craig ni? Dia ni merupakan latest Agen 007 a.k.a James Bond. Dia menjadi agen rahsia British dalam cerita James Bond sejak tahun 2006. Dia telah insurankan badan dia sebab most of the stunts dia yang buat sendiri tak pakai stunt man. Badan dia dii insurankan sebanyak $9.5 Million (RM 30.64 juta).

7 - America Ferrera

America Ferrera - Senyuman
Dia ni terkenal dalam cerita Ugly Betty (versi US). Lakonan dia memang sangat berkesan sebagai seorang perempuan yang agak buruk (aku tengok tak da la sangat). Cerita ni agak komedi dan banyak pasal fashion industry. Sebab lakonan dia yang lawak, dia menang Golden Globe and Emmy. Senyuman dia yang manis tu di insurankan $10 Million (RM 32.3 juta).

Hi, aku senyum dapat 32 juta, kau?

6 - Julia Roberts

Julia Roberts - Senyuman
Minah ni terkenal sejak berlakon cerita Pretty Woman (aku tak pernah tgk pun). Dia ni memang terkenal dengan senyuman yang lebar ni. Julia dianggap sebagai bintang A-class kat US. Memang tak sah la, tengok pembabitan dia dalam industri and achievements dia. Golden Globe ada, Oscar for Best Actress pun ada. Senyuman dia pulak bernilai $30 Million (RM 96. 8 juta).

Haha.. kau biasiswa jer! *Sentap

5 - Michael Flatley

Michael Flatley - Kaki
Michael seorang penari yang agak legend jugak (walaupun ramai tak pernah dgr nama dia). Antara show dia yang terkenal adalah Lord of the Dance tau. Lord tau. Maigod riaknya. Dia seorang Irish-American dan kaki dia bernilai $40 Million (RM 129 juta). 
Antara Zapin yang terkenal.

4 - David Beckham

David Beckham - Kaki
Alah.. kalau aku ada sukses and kaki mcm David Beckam pon aku insuran gak. Kaki aset bhai, tambah-tambah lagi dalam football. Dia ni pemain bola yang menjadi kegilaan semua kanak-kanak zaman aku sekolah-sekolah dulu. Semua nk jadi Beckham. Tapi sekarang mcm mnyepi jer sikit dia. Dia sekarang bnyak modelling, sebab bini dia kot Posh. Duta H&M la. Kaki emas dia bernilai $70 Million (RM 225.8 juta).


Tepi! Jangan kasi calar kaki gua!

3 - Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo - Kaki
Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro. Dia berasal dari Portugal and main for Real Madrid. Dulu kan gempar dia transfer from Manchester to Real Madrid 80 juta pound sterling. Banyak gila harta dia. And for best player mcm dia tak heran la insuran tinggi. Semua aset kot. Jadi duta head and shoulders lagi. Buat duit je dorang ni. Kaki dia dua kali ganda Beckham $144 Million (RM 464.4 juta).

Saja aku nak tayang kaki juta aku, kau hade?

2 - Jennifer Lopez

Jennifer Lopez - Punggung
Jennifer Lopez or JLo memang terkenal dengan penampilan dia yang sentiasa jadi main topic dalam any event dia datang. Tengok dressing semua. Dia kan pernah berkahwin dengan Mark Anthony, penyanyi lagu "My Baby You". Lagu JLo yang feymes dulu macam Let's Get Loud, sampai jadi lagu tema Jom Heboh dulu. Sekarang dia banyak buat lagu yang sgt mainstream mcm On The Floor dah macam belangkas dengan Pitbull. Tak habis-habis. And sebagai seorang penari, dia kena maintainkan body shape dia selalu. Aset dia paling bernilai punggung dia la yang bernilai $300 Million (RM 967.5 juta).

Tengok cara dia 

1 - Mariah Carey

Mariah Carey - Kaki
Penyanyi My All ini memang merupakan insuran tertinggi setakat ni. Mariah telah menjual 200 juta album worldwide. Tak cukup dengan itu, gambar atas merupakan Mariah menang Gillette Venus Award for Leg of Goddess. Hot Mama 43 tahun ni, merupakan ibu kepada twins dia yang comel. Gambar sebelah tu replika kaki dia 16 kaki tinggi. Sebab itu, insuran kaki dia sebanyak $1 BILLION (RM 3.23 Billion). Kenapa dia nak insuran lebih sangat kaki dia, kalau suara ke, aku faham la gak. Tapi yang penting, once you are famous, you can do anything. Diva's way. Kalau aku ada even satu juta jer pun, pergh, macam-macam aku boleh buat. Ni pulak satu billion, bersara awal lah cerita dia.



Rilex bro!


Video Honey pada 1997 dan #Beautiful pada 2013. Still, $1 Billion..




Kbye.





No comments:

Post a Comment